DERUAN jantung (murmur) ialah bunyi bising
yang dapat didengar apabila darah mengalir melalui jantung.
Kebanyakan deruan
jantung ini dikatakan tidak berbahaya yang bermaksud jantung anak anda tidak
bermasalah.
Bunyi jantung ini boleh wujud sekali sekala
sepanjang zaman kanak-kanak dan boleh bertambah kuat atau perlahan bergantung
kepada denyutan jantung anak anda.
Kebanyakannya akan semakin sukar untuk
didengar apabila anak anda semakin membesar dan lama-kelamaan akan hilang
dengan sendirinya.
Kadangkala bunyi jantung ini boleh menjadi
tanda penyakit jantung contohnya jantung berlubang, injap jantung bocor dan
injap jantung yang sempit.
Sekurang-kurangnya 30 peratus kanak-kanak
akan ada deruan jantung ini pada satu masa yang tertentu dalam hidup mereka.
Bagaimanakah ia
dikesan?
Jika tiada tanda-tanda atau gejala yang lain,
deruan jantung ini biasanya dikesan apabila kanak-kanak datang berjumpa doktor
untuk pemeriksaan kesihatan atau imunisasi. Deruan jantung ini mungkin adalah
tidak berbahaya atau mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit jantung.
Jika ada masalah sakit jantung, anak anda
mungkin akan mengalami:
lSesak nafas ketika bermain atau menyusu
lDenyutan jantung yang laju
lPembesaran terbantut
Adakah ia perlukan
rawatan?
Tiada rawatan diperlukan untuk deruan jantung
tidak berbahaya. Jika anak anda mempunyai penyakit jantung, rujukan perlu
dibuat ke hospital pakar. Ubatan mungkin diperlukan untuk prosedur tertentu
atau sekiranya anak anda mengalami lemah jantung.
Pembedahan kadangkala diperlukan untuk
merawat penyakit jantung yang tertentu.
Bolehkah penyakit
jantung dikesan pada peringkat awal?
Beberapa penyakit jantung boleh dikesan
semasa bayi berada dalam kandungan melalui imbasan ultra bunyi yang terperinci.
Ini seterusnya akan menentukan sama ada bayi anda perlu dilahirkan di hospital
yang menyediakan kepakaran jantung supaya rawatan kecemasan dapat diberikan
jika perlu.
No comments:
Post a Comment